Wednesday 8 June 2016

HOW IMPORTANT THE WORDS OF M-A-M-A

Hi bloggers, viewers. Malam ni terasa sunyi dan kehilangan separuh nyawa. Miss mama so much. Mama pergi Lahad Datu je pun. 
Bila terfikir itu baru mama keluar daerah macam mana one day she's left me? Nauzubillah... Ya Allah jangan uji aku dulu bab tu. Hari ni aku nak luah perasaan. Perasaan ini buat aku sangat menyesal kenapa selama ini aku tidak pernah terfikir. Kenapa aku buta dan memvavi buta.... Sebuah perkongsian yang mudah - mudahan ada manfaat buat viewers diluar sana....
Aku mula bekerja dalam usia 20 tahun. Lepas saja STPM abah tak bagi sambung belajar keluar dari Sabah. Masa tu mahu betul keluar dari Sabah. Masa tu UPSI belum jadi Universiti. Masih lagi Institut. Mahu sangat belajar sana. Abah cakap nanti kalau dia meninggal tak sempat balik. Sebab sayang family tak lah pergi. Lepas tu dapat tawaran jadi pramugari. Lagi la abah nda mau sebab dia tahu anak perempuan dia ni tidk pandai berenang. So im decided jadi guru swasta bergaji rm 350. Apa yang aku mau kongsi disini aku lansung tak terbuka hati nak bagi duit dengan mama abah. Sampai la kahwin anak 1,2. Masa mengandung anak ke tiga aku dan suami dapat kerja kerajaan, lepas 3 bulan dapat beli rumah. Aku still tak bagi duit atau belanja mama abah padahal masa tu tinggal dengan dorang. Malah pinjam duit dorang.
Dan sekarang sudah 2016... hidup aku makin sempit. ada rumah ada kereta. Tapi hutang dan belanja mama tak pernah bagi. Tapi aku bersyukur Allah sedarkan aku. Aku mula bayar hutang - hutang mama yang pernah aku pinjam. Tahu kah apa yang uniknya aku tak putus duit. Ada rezeki bawa mama jalan dan belanja dia makan. Aku minta satu saja Allah bagi ksempatan untuk  bayar semua hutang - hutang orang yang pernah aku pinjam. Aku tak kisah dah tak da duit janji bayar hutang orang. Ya Allah permudahaan urusan. Biarpun aku terlambat menyedari tanggungjawab aku dengan mama dan abah selama ini, Ringankan permudahkan dan permudahkan lah.... Panjangkan usia kedua orang tua ku, murahkan rezeki mereka... Dan jaga lah hati- hati kami dari riak dan sombong...