Tuesday, 24 May 2011

hard life...

Mungkin kita lupa setiap kepayahan dan kesusahan ada alasannya... adakala kita lupa dimana kita berada....kita lupa mengapa diturunkan ujian yang berat buat kita.

Perjalanan kehidupan bukanlah seperti yang kita mahu setiap masa. Ada musim elnino melanda..kekadang el nina...siapa yang menjangka!!!

Ya Rabb...berikan la ketabahan serta kekuatan yang tiada bandingnya dalam hati dan jiwa ini!!!!

Monday, 9 May 2011

anak....anak....anak!!!

kehidupan berjalan sepeti biasa menyusur hari - hari tanpa sebarang gangguan dari lalat - lalat yang nakal. Pagi yang cukup indah hujan renyai - renyai buat hati ku rawan dan rindu kenangan masa kecil ku. Alangkah indah masa itu bersama adik beradik, membesar bersama dan menikmati kehidupan sebagai kanak - kanak normal. Ingat lagi waktu itu aku lah yang selalu bangun lewat dan selalu dibuli sebab perangi yang sedikit unik berbanding adik beradik yang lain. Aku lebih gemar duduk sendiri dan berpusing satu kampung. 

Bila sudah besar begini rupanya kenangan kanak - kanak adalah satu kenangan yang cukup indah. Kesian anak - anak aku tidak dapat hidup seaman itu. Zaman kini terlalu banya berlaku perkara - perkara diluar jangka. Kanak - kanak kini dijadikan satu bahan tempat melampiaskan nafsu serakah. Mereka dipisahkan dari ibu bapa dan macam - macam berlaku. Ya Allah adakah ini suatu bala atau ka ujian kepada kami makhluk bumi..... Ya Allah aku tidak mempunyai apalagi memiliki kekuatan seumpama Mu...maka ku pohon kepada Mu agar engaku melindungi anak - anak ku serta seluruh keluarga ku, jauhi lah mereka dari kejahatan manusia dan jin!!!!AMINNNNNNNNNNNNNNNNNNNN

Thursday, 14 April 2011

sangat cantik...

pagi tu aku bangun dengan penuh semangat. bangun kan anak - anak, mandikan dan suruh dorang sarapan. masa nak pakaikan baju hanim the only girl i have, aku tanya dia sepa yang sangat cantik.... hanim jawab "atulah,"(mean aku lah). Then aku tanya lagi sepa sangat comel, "apidlah,". aku tanya lagi, sepa sangat bijak, "anipla," aku tanya lagi, sepa sangat hensem, "abila".....wahahahaha

bila aku cakap sepa sangat cantik... dalili ka(the one of kwn dia satu skul)... anim mesti jawab... "butaaan atu lah,"

hehehe.....

Tuesday, 29 March 2011

duitttt oh duit

Percaya tak kalau saya cakap ada orang yang ada anak rezeki dia lain dan bagi orang yang tiada anak rezekinya pun lain.....Macam ni ada orang yang ada anak ramai rezeki dia nampak sangat berbeza contohnya....masa tu sesak sangat tiada duit tapi masih boleh makan.... bagaimana pula orang yang teda anak...tapi kebanyakkan nya orang yang tiada anak ni lebih nampak banyak DUIT dan kadang - kadang rezeki duit mereka berbaloi - baloi...

Tapi apa harta yang paling berharga, apa saham yang paling menguntungkan, .....jawapan dia anak.....

bagi sesiapa yang belum ada anak jom berusaha dengan mengamalkan MAAJUN ANGGUN BESTARI.......

work mother better or worst????


Siapa yang tidak sedih bila anak bukan dalam pemerhatian sendiri apatah lagi ia diserahkan bulat - bulat dengan pusat penjagaan. Bagi ibu bapa yang bekerja banyak pengorbanan perlu dilakukan bagi melihat anak tetap membesar. kadang - kadang rasa cemburu dan lemas memang menguasai diri...kenapa? Semuanya bila anak manja dengan orang lain.....

Itu la bila orang tanya kenapa tak tambah lagi...bukan sebab sakitnya bersalin tapi tiada orang yang sanggup nak jaga ank....kesian kan....

Bagaimana lah kalau wanita yang bekerja sebagai majistret, doktor atau yang berpangkat lebih tinggi....masa yang terlalu singkat untuk anak....tapi buat semua wanita di dunia ini...we are the IRON WOMEN!!!!!

anak owh anak....

Minggu lalu aku join husband aku g bayar kereta. Masa tu bukan aku sorang jak tapi 3 dari empat orang anak aku ikut pegi bank. Masa tunggu no dipanggil ada seorang apek duduk kat sebelah husband. Dia memulakan perbualan....
apek:    Waaa banyak anak you ar....
abi   :    Ya uncle ada 4 orang...sorang tu pegi sekolah...
apek :    aiya susa owh ramai anak. sangat menyusahkan owh.
abi   :    napa uncle cakap macam tu?
apek  : banyak anak ah kasi abis harta owh manyak rugi owh....
abi  :   ya mungkin bagi uncle... tapi agama kami sangat menganjurkan ramai anak...
apek  :  owh macam itu ka?

Wahai rakan diluar sana anak ramai bukan menyusahkan kita tapi menambahkan pengalaman dan memramaikna umat didunia....bukan semua orang beranggapan seperti apek di atas. Ada juga yang suka anak ramai. Baca la buku tulisan Ustaz Hasrizal Abd Halim " aku terima nikahnya" banyak panduan yang boleh kita ambik. Anak ramai boleh tapi lihat la kemampuan mendidik...kalau dari sudut rezeki InsyaAllah pasti ada rezeki untuk mereka!!!!!!