Monday 23 July 2012

parahnya perasaan ini?

Betul orang kata kalau ikut hati binasa. Bila sesuatu datang apalagi ia amat menyakitkan pasti sesuatu itu tidak dapat diselesaikan pada waktu dan masa yang singkat. Mungkin bagi sesetengah orang ia hanya biasa - biasa sahaja namun semua ini banyak memerlukan pengorbanan.

Bagi aku, aku seorang yang memendam dan bila sampai satu tahap aku pasti akan jadi orang yang pendendam.... aku takut sekiranya kemarahan ini tidak dibendung secepatnya ia akan mengakibatkan ramai perasaan yang terluka terutama orang yang paling dekat pada aku.

Pagi ini aku cari satu blog yang boleh menjadikan hati orang sentiasa bahagia....rupanya menulis blog juga dapat meredakan kemarahan dan kekcewaan. huhuhu

Benda yang paling utama aku rasakan saat ini adalah rasa sayang pada diri sendiri. kerana ini yang paling utama dan keutamaan buat ku......

No comments:

Post a Comment